Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi // Wednesday, February 13, 2013
Wednesday, February 13, 2013 |
Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya : 1) Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat 2) Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya. Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi: 3) Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal." [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi ] 4) Daripada Qatadah Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal." [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ] 5) Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." [ Hadis Riwayat Ahmad ] 6) Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir] Semoga kita sama-sama dapat beramal dengannya :) Assalamualikum ! |