ABOUT LINKS TAG
about


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi // Wednesday, February 13, 2013
Wednesday, February 13, 2013

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi. Antara kelebihannya :

1) Pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat

2) Dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

3) Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
[ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi ]

4) Daripada Qatadah Imam Ahmad berkata : "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal."
[ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

5) Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : "Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."  [ Hadis Riwayat Ahmad ]

6) Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."  [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

 Semoga kita sama-sama dapat beramal dengannya  :)  Assalamualikum !


Perpustakaan Shah Alam // Monday, February 4, 2013
Monday, February 04, 2013
          Hari ni hanisah nak story mory pasal perpustakaan . perpustakaan yang hanisah pergi ni paling cantik yang hanisah pernah pergi . SERIUS ! hanisah pergi dengan kawan , tahun lepas . sebab kitorang nak buat folio geografi . memang first time pegi situ . naik kereta kawan . pegi 5 orang naik satu kereta . lol tapi best ! kitorang pergi tu puas ronda gak ah . perpustakaan tu macam U . besar gila weh ! ada 4 tingkat . tapi jangan risau ada escalator . ngehee :) kalau korang bawak banyak barang pun jangan risau sebab ada locker ^^ . semua kemudahan tersedia . 

          Yang menariknya perpustakaan tu ada kemudahan interneti , yelah . kitorang bawak lappy sorang satu . Bhahaha . macam takleh search kat rumah je --' and , yang paling best satu tingkat tu satu alam . lol , macam mana eh nak explain . hmm ._. okay ! tingkat satu untuk planet. tingkat dua untuk ekosistem , dan seterusnya . nanti hanisah letak gambar kat bawah tu . ^^ ha ! tempat makan dia okay . tapi mahal sikit . yelah masuk free , cantik lagi . banyak kemudahan . kalau korang pergi bawak RM30 pun dah cukup :) 

          Lepas tu , kitorang turun tingkat satu sambung buat folio . then kitorang pergi tengok theater 6D . pernah dengar 3D jekan? ni 6D woi! rugi sapa tak pernah pergi . part ni yang best gila . sorang-20 ringgit rasanya . tak ingat dah . memang mahal pun. tapi perpustakaan ni lah satu2nya perpustakaan yang buat benda ni . kay , mahal memang mahal tapi memang amaZayn(amazing) gila ah ! satu bilik 8 orang . and nak bagi tau bila start je cerita dia seat tu bergoyang and ada angin . sebelum masuk bilik tu dia bagi speck ala2 3D punya tuh . so , rasa macam kita naik roller coaster . dengan anginnya , sound , seat . tapi cerita yang hanisah tengok tak seram sangat . kay . stop . nak cerita pasal ni memang takkan habis ah . search youtube 'theatre 6D' ada cerita2 dia . nak lebih lagi pergi sendiri . and you can feel it . tapi kat KLCC pun ada tapi mahal 28 kalau tak silap . 

          Ni lah gambar yang boleh describe yang perpustakaan ni amazing and tercantik . :) enjoy .
          ada bahagian kanak2 tau . 
          kemudahan yang disediakan : 
          ruang santai :
          So , macam mana ? pergila tak rugi pun .ajak mak ayah sekali :) pergi shopping boleh , takkan pergi perpustakaan tak boleh kot ?  Assalamualaikum ! ^_^